Ayah aku kena STROK... :'(

Tarikh harini dah nak dekat 4bulan ayah aku kena serangan strok..
Ayah aku kena strok pada jam 6am bertarikh 16/03/2018 hari Jumaat. Aku sampai skrg masih xlupa lagi macam mana kucar kacir mak n aku bila ayah aku kuar dari bilik air dan dia jerit kata dia xboleh bergerak.
Pagi tu macam biasa ayah aku akan bgn awal untuk siap2 mandi untuk solat subuh di surau. Aku tgah tido lagi time tu.. Tp aku terbangun bila dengar ayah aku panggil mak aku kata dia xboleh berjalan.. Aku ingat aku tgah mimpi time tuh.. Lepastu aku dengar mak aku jerit2 terus aku bgn tgk ayah aku dh xboleh nak jalan.. Kau bayangkan dgn kudrat aku dn mak aku mana mampu nak tampung berat ayah aku.. so kitorang tarik ayah aku msuk dalam bilik sebab nk sempurnakan aurat ayah aku..Yalah ayah aku just pakai tuala..
Mak aku terus mintak tolong jiran sebelah rumah.. Mak aku col pakcik2 yang ddk dekat dgn rumah nak mintak tolong. Keadaan time tu amatlah tegang.. Aku xtahu nak buat apa.. Aku col adik beradik aku dn minta diorang dtg rumah.
Nak col Ambulan pulak punyalah lama... Hampir sejam juga tggu Ambulan dtg.. Bila sampai hospital, ayah aku dibawa ke unit kecemasan HUKM. Darah tingginya atas bawah 200+ dan menyebabkan ada pendarahan di dalam kepala. Kami menunggu ayah keluar dari unit kecemasan dari jam 7am hingga jam 12pm.. 
Jam 12 pm ayah dibawa ke wad neurologi (berkenaan otak dan saraf). Darh tinggi ayah time tu 180/90.. Dh agak turun dari mula sampai ke hospital td tp msh blm stabil. Bhgn kiri ayah tidak dapt bergerak. Tgnnya dapt bergerak sedikit, Kki lgsg xbolh bergerak. Tak boleh mengunyah dan boleh makan bubur sahaja. Tp Alhamdulillah pendarahan otaknya sedikit sahaja kata doktor dan tidak perlu dibedah. Doktor kata nasib baik ayah tidak jatuh sewaktu kena serangan strok dan kami bawa ke hospital cepat.
3hari juga ayah duduk dalam wad. Hari ke-4 ayah dh boleh keluar. Keluar dr wad bukannya tanda sudah sihat tp titik tolak untuk ayah buat rawatan di rumah. Ayah dh xboleh duduk di rumah aku di tanming sebab rumah flat kan, jd duduk di rumah akak aku di damai perdana. 
Pengorbanan mak jaga ayah sewaktu sakit mmg sgt besar. Kami sekeluarga nampk kuat di depan ayah tp di belakang ayah kami hanya menangis. Bayangkan ayah yg xpernah sakit skrg terlantar di katil xdpt bergerak.
Berkat kekuatan ayah dan semangatnya untuk sembuh, Alhamdulillah ayah skrg dh boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Tapi kalau jalan2 di luar perlu menggunakan tongkat. Banyak perubahan ayah sepanjang 3bulan lebih ni.
Semoga Allah memberikan kekuatan dan semnagat untuk ayah teruskan rawatan. Semoga Mak Ayah diberikan kesihatan yg baik. Semoga Allah panjangkn umur Ayah Mak aku.
Terima Kasih Allah masih meminjamkan Ayah buat kami sekeluarga.
Terima Kasih Mak sebab sangat kuat terima dugaan ini.
Terima Kasih Ayah sebab tidak putus asa untuk teruskan rawatan.
Terima Kasih Adik Beradik yg lgsg tak berkira soal masa dan wang ringgit untuk rawatan ayah.
Terima Kasih Abg Ipar yang banyak membantu.
Terima Kasih Pak Cik & Mak Cik yang datang ziarah dan berikan semangat.
Terima Kasih Kawan2 Mak & Ayah , Jiran yg membantu.
Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian.

Comments